Infinity Science Fiction
Infinity Science Fiction

Infinity Science Fiction

Infinity Science Fiction (Erti harfiah: "Cereka Sains Saujana") adalah sebuah majalah cereka sains Amerika, yang disunting oleh Larry T. Shaw dan diterbitkan oleh Royal Publications. Isu pertamanya, yang dikeluarkan pada bulan November 1955, turut mengandungi cereka karya Arthur C. Clarke "The Star" (Bintang), sebuah kisah mengenai planet yang dihancurkan oleh nova (bintang yang meletup) yang ternyata adalah Bintang Bethlehem. Karya ini pernah memenangi Anugerah Hugo untuk tahun tersebut. Shaw memperoleh cerita-cerita daripada beberapa orang penulis terkemuka pada masa itu, termasuklah Brian Aldiss, Isaac Asimov dan Robert Sheckley, tetapi bahan tersebut mempunyai mutu yang berubah-ubah. Pada tahun 1958 Irwin Stein, pemilik Royal Publications, memutuskan untuk menutup Infinity; terbitan terakhir bertarikh November 1958. Judul ini dihidupkan kembali satu dasawarsa kemudian oleh rumah penerbitan Stein, Lancer Books, sebagai suatu siri antologi berkulit lembut. Lima jilid diterbitkan antara tahun 1970 dan 1973 yang disunting oleh Robert Hoskins. Jilid keenam telah disiapkan tetapi ditarik balik setelah Lancer menghadapi masalah kewangan pada hujung tahun 1973.

Infinity Science Fiction

Bahasa Inggeris
Isu terakhir November 1958 (1958-11)
Penerbit Royal Publications
Isu pertama November 1955; 64 tahun yang lalu (1955-11)
Negara Amerika Syarikat
Editor Larry T. Shaw